
Sulit
4 tahun
Pendarahan yang tidak berhenti
Saya baru hendak masuk umur 22 tahun. Terakhir kali saya datang haid adalah pada 12 Mac 2021. Kitaran haid saya adalah sukar untuk dijangka, kadang hanya 2 kali dalam setahun. Minggu lalu selepas melakukan hubungan intim, saya mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan tersebut sampai hari ini. Saya tiada makan apa2 pil sebelum ini dan secara tiba2 terjadi pendarahan yang sudah masuk seminggu. Kenapa ya, doktor? Adaka saya perlu melakukan pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan yang anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
atau kelainan lain yang disebabkan oleh:
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ketidakstabilan hormon wanita
- Kelainan organ & kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Mahupun penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!