Sulit
4 tahun
Penderahan selepas ambil perancang
Saya wanita 22 tahun , semasa haid ada ambil suntik perancang , dan sakit d bahagian itu pandai sakit dan pandai hilang , kadang2 sebelah kanan pinggang saya juga ikut sakit , itu pendarahan atau perubahan harmon?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut adalah kesan sampingan umum selepas suntikan perancang. Perubahan hormon kadang akan menyebabkan kesan sampingan seperti yang berikut:
- Haid tidak teratur
- Sakit perut
- Sakit kepala, pening
- Peningkatan berat badan
- Payudara tegas
- Perubahan mood
Sekiranya diperlukan, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor anda untuk bincangkan cara mengatasinya atau perubahan pada cara perancang anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
































