Sulit
3 tahun
Pengambilan pill perancang
As-salam dan selamat petang doktor, saya ingin betanya, jika kita mengambil pill perancang “noriday”, adakah normal jika tidak datang bulan?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk makluman anda, pill perancang Noriday mempunyai kesan sampingan yang melibatkan kitaran haid tidak teratur dan kadangkala akan menghentikan pendarahan. Namun, terdapat kesan sampingan lain yang boleh diamali oleh pengguna pil tersebut seperti:
- Sakit kepala
- Kepeningan
- Kemuntahan
- Kesakitan payudara
- Keletihan
- Kenaikan berat badan
Informasi lanjut mengenai pil perancang Noriday :
- Ia adalah adalah sejenis ubat kontraseptif hormon yang dikenali sebagai “pil mini” atau pil progestogen sahaja (POP).
- Ubat ini mengandungi bahan aktif norethisterone, yang merupakan progestogen sintetik, sama dengan progestogen semula jadi yang dihasilkan oleh badan.
- Pil perancang ini menyebabkan perubahan pada lendir dalam rahim dan lapisan rahim dan mempengaruhi sistem kawalan hormon tubuh.
- Keberkesanan pil “progestogen sahaja” adalah lebih rendah berbanding pil pencegah kehamilan yang lain.
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya masalah in menjadi lebih teruk.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.