
Sulit
4 tahun
Pengambilan Viagra untuk pesakit HIV
Saya seorang pesakit HIV.bolehkah saya mengambil pil Viagra?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ubat viagra diambil untuk merawat masalah mati pucuk. Untuk makluman pihak anda, secara amnya ubat viagra boleh diambil oleh pesakit HIV yang sedang dalam rawatan HIV. Akan tetapi, ada sesetengah ubat HIV akan berinteraksi dengan ubat viagra seperti menganggu penyerapan atau meningkatkan kesan sampingan ubat tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui sekiranya anda boleh mengambil ubat viagra, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.