
Sulit
4 tahun
Pening kepala selepas mengambil ubat alprazolam berlebihan
Hi doktor, sekarang ni saya mengalami sakit kepala berlarutan, badan mudah peluh dengan banyak, badan sekejap panas dan sekejap sejuk. Perkara ni terjadi selepas saya mengambil ubat alprazolam secara berlebihan. Ubat alprazolam saya satu biji hanya 0.25mg tapi saya mengambil dalam 4 biji disebabkan nak tidur dengan cepat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan ubat yang anda nyatakan adalah:
- Rasa mengantuk
- Keletihan
- Pening kepala
- Insomnia
- Sukar untuk fokus
- Mudah marah
- Cirit birit
- Sembelit
- Kuat berpeluh
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Hilang selera makan
- Mulut kering
- Hidung tersumbat
Masalah yang anda hadapi mungkin berpunca daripada kesan sampingan ubat yang anda ambil. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.