
Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin sakit sangat apa bila saya hendak bangun dari tidur dan hendak kemana ii sahaja
Saya sakit di bahagian Faraj jadi gatal ii bengkak dan keputihan putih seperti dadih semalam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan dan kegatalan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidiasis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Klamidia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Antara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap menuukar pakaian dalam anda
Sebaiknya anda berjumpa dengan doktor sekiranya masalah yang anda hadapi menjejaskan keyakinan diri serta aktiviti seharian anda. Sekiranya ia disebabkan jangkitan, ia perlu dirawat dengan ubat yang hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor. Untuk info lanjut berkaitan masalah anda, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.