
Sulit
4 tahun
Peranakan Jatuh- sukar untuk hamil?
Hai… saya nak tanya jika seorang wanita pernah mengalami peranakan jatuh, adakah dia akan mngalami sukar untuk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah peranakan jatuh atau uterus prolaps adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Ia sering disertai dengan penglibatan organ sekitarnya seperti pundi kencing dan rektum dubur.
Pesakit dengan rahim prolaps boleh menyebabkan wanita mengalami kesukaran untuk hamil. Hal ini kerana rahim yang jatuh ini berada dekat, di atau di luar bukaan vagina. Keadaan ini menjadikan persekitaran yang kurang sesuai untuk sperma. Sperma hidup di tempat yang lembap dan hangat seperti kawasan vagina yang lebih dalam. Sekiranya rahim terkeluar dari faraj, sperma yang tersimpan didorong ke luar faraj dan terkena udara dan akan mati. Ini mengurangkan peluang hamil.
Sekiranya masalah ini telah dibetulkan, ianya tidak menjadi masalah. Namun, harus diingatkan juga, tedapat banyak faktor lain yang juga memepengaruhi seseorang wanita untuk hamil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih mendalam, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.