
rainadz1992
5 tahun
Period atau spotting
Sy wanita 20an… Sudah 9 bulan berkahwin. Period sy regular 33cycle every month but this month supposed to be 23th July… Tp yg keluar hny small amout of brownis colour… The 2nd day pinkish… Stop sampai hr ke 2 je… Sy dh check upt - Ve… Adakah sportting atau period? Pada hr ke 8 sy skit perut seakan2 ovulasi… Mmg klr white discharge yg byk seperti telur putih yg pejal… Adakah white discharge tanda kesuburan pd hr itu? Possible kah hr subur berlaku pd hr ke 8… Setahu sy ia bermula dr hr ke 14…
Terima kasih… Semoga membantu :))

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah coklat yang keluar semasa haid boleh dihitung sebagai darah haid. Perdarahan haid pula boleh berlaku selama minimal 2 hari hingga 8 hari. Merujuk kepada warna darah yang coklat, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
- peradangan pelvis
Sebetulnya, kesuburan terjadi pada hari ke-14 hanya pada wanita yang kitaran haid mereka 28 hari, yaitu di tengah-tengah kitaran haid mereka. Hal ini bukanlah perkara yang tetap tetapi hanyalah purata berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Justeru, masih ada kemungkinan itu adalah ovulasi. Seandainya anda mahu mengetahui ovulasi anda dengan lebih jelas, anda boleh melakukan pemeriksaan ovulation predictor kit yang boleh menilai tahap kesuburan anda secara kuantitatif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.