
Sulit
5 tahun
Period berpanjangan almost sebulan
saya berumur 21. saya telah mengalami keguguran pada 1 March 2020 dan hanya mengalami pendarahan selama seminggu.
selepas dari itu, saya period pada 25 March 2020 dan ia berlanjutan sehingga hari ini. texture darah tersebut seperti saya tengah period, likat dan merah/merah gelap. kenapa macam ni ye? ada tak sebarang ubatan yang saya perlu ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.