
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan dalam bulan kedua semasa ambil vissane
hi. saya mengalami period yang berpanjangan selama sebulan dan saya adalah pesakit endometriosis. bulan sebelumnya saya cuma spotting. kalini period sampai sebulan dan ianya merisaukan saya. adakah vissane tersebut tidak ngam dengan badan saya atau perluke saya stopkan pengambilan vissane ? vissane treatment saya sepatotnya 6bulan berterusan…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini adalah tidak normal. Haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Ubat yang anda ambil kerana endometriosis ialah pil hormon yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuklah haid berpanjangan. Namun, kesan sampingan ini hanya bersifat sementara. Selepas 2 hingga 3 bulan ia akan kembali pulih.
Bagi info lain, Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.