fatinaznim93
7 tahun
Period delay tetapi upt negatif
Salam sejahtera. Saya seorang wanita yang berumur 26 tahun, sudah berkahwin pada 7 september 2018. Saya ada soalan mengenai status kehamilan. Kitaran haid saya teratur iaitu 32 hari. Pada bulan januari, period sya pada 24/1 sehingga 29/1. Pada bulan Februari saya tidak datang haid. Oleh itu sya beranggapan sudah lewat 7hari haid dan upt menunjukkan positif yang kabur. Dan pada 3/3 , saya telah datang haid & keluar ketulan darah selama 3hari berturut2. dan upt kembali negatif. Saya merasakan ini adalah chemical pregnancy. Betul kah itu doktor? Selepas sebulan berlalu, iaitu harini 8/4/2019 saya masih tidak haid. Sepatutnya sya datang haid 3/4 dan upt & opk sya negatif. Apa yang perlu saya lakukan? Perlu menunggu sehingga 2 minggu untuk memastikan saya hamil atau tidak?
7 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
























