
Sulit
5 tahun
Period dh lama xdtg disebab kn mngmbil perncg keluarga implan
Saya wanita dlm umr 30thn saya mmpunyai 3 orang anak…smua Nye saya bersalin ceaser.saya telah mngmbil perncg keluarga iaitu implan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat merupakan kesan sampingan yang lazim berlaku dalam wanita yang mengambil perancang keluarga implanon.
Namun begitu masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.