
shafyza.shahri
4 tahun
Period Dua Kali Sebulan & Kencing Tak Lawas
Saya merupakan seorang isteri dan ibu berusia 28 tahun. April lalu saya mengalami keguguran dan doktor mencadangkan saya untuk mengambil pil perancang Yaz, kini telah 3 bulan mengamalkannya.
Baru-baru ini, saya mengalami dua kali period pada bulan yg sama, dalam jangka masa selang seminggu. Selain itu, saya juga turut mengalami kencing tidak lawas yg on-off, kadang ada dan tidak.
Adakah period dua kali sebulan dan kencing tidak lawas ini berkaitan dengan pil perancang yg saya amalkan? Adakah jika saya skip makan pil perancang, berkait dengan permasalahan ini? Adakah ianya merbahaya kepada kesihatan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini berkemungkinan disebabkan oleh pengambilan pil perancang. Sekiranya ia disebabkan oleh pil perancang, kitaran haid anda akan kembali seperti biasa setelah beberapa lama anda mengambil pil ini. Namun, saya tidak menolak kemungkinan lain untuk masalah anda ini seperti:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala untuk gejala kencing tidak lawas, ianya boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.