
Sulit
5 tahun
Period lambat, pening kepala, kencing2
Saya wanita berumur 23tahun. Saya sedang mengalami period yang lambat. 10 hari lambat to be exact. Kali terakhir saya berhubungan ialah pada bulan mei 2019. Bulan2 selepasnya saya dapat period saya seperti biasa. Pada bulan ini saya kerap pening kepala di bahagian kening. Tiada rasa loya seperti nak muntah. Kemudian saya asyik keluar cecair dibahagian bawah berwarna keputihan tapi tadi warnanya sedikit perang. Tapi masih tiada period. Saya juga terasa selalu mahu kencing tapi keluar sikit2 sahaje. Perlukah saya risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid lambat didefinisikan sebagai haid yang datang setelah 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Gejala-gejala yang anda hadapi munkin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Kencing kotor
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.