
Sulit
5 tahun
Period lewat 17 hari tapi hasil ujoan kehamilan negatif
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya telah berkahwin selam hampir 3 tahun…Hari ni 18/4/20 period saya telah lewat selama 17 hari dan hasil ujian kehamilan saya adalah -ve. Patutkah saya mengambil ubat turun darah atau saya perlu menunggu selama 2 minggu lagi untuk ulangi ujian kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Selain itu, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) anda boleh jadi negatif walaupun anda mengandung dalam keadaan seperti:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Menurut saya, anda tunggu dahulu dan ulang lagi ujian UPT sekiranya anda masih tidak datang haid selepas 2 minggu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.