
Sulit
5 tahun
Period Lewat dan sukar hamil
Saya iqa, wanita berumur 29 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah period tidak stabil sejak dari bujang lagi… saya baru setahun berkahwin… Period saya yang akhir pada awal bulan disember 2019 dan sampai sekarang bulan 2 masih tidak period… bagaimana cara untuk menstabilkan period dan cara untuk mengetahui kesuburan sebab agak sukar saya nak tau bila waktu subur saya… saya harap doktor dapat membantu saya…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid lambat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Waktu kesuburan wanita ialah separuh daripada kitaran haid anda. Anda boleh mengira daripada hari pertama haid anda datang hingga ke haid yang seterusnya. Namun, bagi anda yang sukar untuk mengira kerana haid tidak teratur, anda disarankan untuk mengabil ovulation kit. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang punca sebenar masalah haid tidak teratur anda.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.