
Anonymous
5 tahun
Period lewat.UPT Negatif
Saya berumur 28 tahun. Ibu kepada 2 orang anak. Anak kecik masih menyusu badan berumur 1 tahun 5 bulan. Period saya sudah lewat seminggu tapu UPT masih negatif. Adakah punca nye? Adakah saya patut ke klinik utk scan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari. Selain kehamilan, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sedikit tips tambahan, sekiranya puan melakukan tes ulang adalah dinasihatkan untuk
- Gunakan air kencing pertama setelah anda bangun tidur. Hal ini adalah kerana air kencing akan menjadi cair setelah makan atau minum, sehingga menyebabkan konsentrasi hCG dalam urin rendah.
- Baca hasil dalam 5-10 minit
-Tunggu 1-2 minggu daripada hari pertama haid terakhir anda untuk melakukan tes.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih