Sulit
4 tahun
Period luar waktu period
Saya wanita berumur 28 tahun dan sudah berkahwin selama 1 tahun 6 bulan. Namun belum dikurniakan anak. Baru-baru ini saya datang period pada hari ke 18 kitaran period saya. Namun darah yg keluar hanyalah sedikit sehingga hari keempat darah yg keluar berwarna coklat kehitaman. Adakah ini normal? Kitaran period saya biasanya 28 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah haid kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam, antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam.
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyebabkan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.