Sulit
5 tahun
Period saya lewat 2 bulan dan saya telah melakukan persetubuhan dengan selamat
Saya wanita dlm 20’an. Period saya sudah lmbat 2 bulan dn saya telah lakukan persetubuhan dengan selamat dengan menggunakan kondom. Adakah dripada persetubuhan tersebuf lewat period saya atau ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kedatangan haid yang terlambat selama 2 minggu setelah melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom. Untuk makluman anda, kedatangan haid yang lambat atau tidak teratur mungkin masalah yang tidak serius bagi 50% segolongan wanita. Namun, haid yang tidak teratur atau terlambat boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi atau penyakit yang tersembunyi seperti:
- Stress
- Kurang berat badan (underweight)
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Penggunaan pil perangcang
- Penyakit dalaman seperti kencing manis atau penyakit usus
- Masalah tiroid
- Kehamilan
- Menopaus
Kami sarankan anda menjalankan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) bagi memastikan sama ada anda hamil ataupun tidak. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

























