
Sulit
5 tahun
Period tak datang selepas oral sex
Saya wanita umur 20an, melakukan oral sex dengan pasangan. Pasangan telah pancut dileher. Tiada vagina intercourse pun. Kemaluan pasangan tak masuk ke vagina langsung. Pasangan ada menjilat vagina saya. Selepas pasangan pancut dileher saya terus mencuci kemaluan saya. Period saya Tak datang sudah 5 hari. Kejadian tersebut terjadi 5 hari sebelum period saya. Adakah saya boleh mengandung? Adakah sperm boleh masuk ketika mencuci kemaluan?
Kejadian berlaku 5/2, period sepatutnya 8/2. Harini 12/2 period belum dtg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda hanya melakukan oral sex, maka kemungkinan untuk hamil itu tiada. Hal ini kerana kehamilan hanya akan terjadi sekiranya terdapat persenyawaan antara sperma (dari air mani lelaki) dan ovum (dari wanita) yang mana keduanya biasanya dapat bertemu saat persetubuhan melalui vagina.
Justeru, haid yang lewat (lambat 38 hari daripada hari pertama haid terakhir) dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.