
Sulit
4 tahun
Period tak teratur Dan terasa pedih dibahagian kemaluan
Hai, saya perempuan berumur 21thn Dan Belum brkahwin… period saya memang tidak teratur selepas saya mengalami kemalangan tahun Lepas… sewaktu saya period Sarah yg keluar sedikit Dan saya akan mengalami senggugut… Sejak 3 Bulan yg Lepas period saya akan keluar lagi selepas Hari kelapan secara sedikit Dan kadang Kala hampir sebulan saya mengalaminya… Saya pernah brjumpa doctor Dan Dr tersebut hnya memberi ubat tahan sakit untuk memberhentikan darah… Akan tetapi sejak kebelakangan ini saya Rasa sakit Dan pedih Di kemaluan saya semasa hndak membuang air kecil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah pedih ketika ingin membuang air kecil, kemungkinana gejala ini disebabkan oleh:
- Keradangan salur kencing
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Batu karang
- Jangkitan penyakit kelamin
Sekiranya masalah ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui perkara sebenar dan mendapatkan rawatan lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.