
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur Dan berdarah
Saya wanita dalam 20an sudah berkahwin. Pada bulan 6 saya mengalami 2 hari period sahaja manakala bulan 7 sehari sahaja. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik dan dibekalkan ubat hormon . Tetapi utk bulan ini , saya masih juga belum datang period . Hasil ujian upt juga negative. Selain itu , apabilaa bersama dengan suami, keluar darah fresh. Lepas cuci tiada darah . Tkasih - kenapa ya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Berdasarkan keterengan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai pengeluaran haid yang sedikit serta gejala pendarahan selepas hubungan intim. Simptom-simptom yang dialami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan gejala pendarahan yang kurang ketika waktu haid iaitu:
- Kesan penggunaan pil perancang
- Hormon tidak seimbang
- Senaman yang berlebihan
- Masalah nutrisi atau anoreksia
- Penyakit umum seperti diabetes atau masalah tiroid
- Kanser serviks
- Ketumbuhan fibroid atau polip
Mengengai gejala pendarahan selepas hubungan intim, ia boleh disebabkan oleh yang berikut:
- Jangkitan kuman
- Kekeringan vagina (masalah remesan lendir pada dinding vagina)
- Melakukan hubungan seksual dengan ganas (kecederaan)
- Ketumbuhan polip
- Kanser serviks (bergantung pada umur dan sejarah kesihatan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.