
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan mempunyai sejarah fibroid di dalam rahim selepas berkahwin
Hello doc, Sy keguguran pada Oct 2020,mohon pencerahan bagaimana saya ingin mengetahui waktu subur sy semula? Sehingga sekarang (November) bulan ni sy masih juga belum merasai tanda Period semula. Sy risau jika sy mempunyai penyakit yg lain, adakah period yg tidak teratur ni membuatkan sy sukar untuk hamil semula. Mohon pencerahan. Adakah jalan penyelesaian untuk permasalahan ni doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran.
Untuk makluman anda, biasanya kitaran haid seseorang akan kembali kepada normal selepas 6 minggu bersalin atau keguguran. Sekiranya haid anda masih tidak teratur, kemungkinan masalah lain telah berlaku termasuklah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya masalah haid anda masih berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.