
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur (lambat, sikit)
Hai, sy berumur 26tahun dan bakal berkahwin tak lama lagi. sy mengalami masalah period tidak teratur. cycle length period sy 45hari. kdg2 lebih dari tu. setiap 2bulan okay sy period lps tu sebulan tak period, lps tu 2bulan okay, sebulan tak period dan berterusan. tapi baru baru nie sy ternampak posting dlm fb kata boleh makan folid acid 3bulan sblm kawin. so sy pon makan. tp masalah sy skrg, start sy makan folid acid, period sy sikit sngt2 mcm tak period. normal ke keadaan nie? or sy patut stop makan folid acid tu? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects . Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil.
Justeru, harus ditegaskan lagi bahawa pengambilan folic acid bukanlah untuk masalah haid tidak teratur anda ataupun untuk persediaan perkahwinan tetapi adalah untum mengelakkan bayi anda cacat sekiranya kekurangan asid folik dalam tubuh. Untuk itu, anda tidak perlu makan tiga bulan sebelum berkahwin. Cukup untuk makan sebaik anda mulai menikah atau berhubungan untuk mendapatkan zuriat.
Merujuk kepada haid yang tidak teratur, untuk makluman anda, kitaran haid yang normalterjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid tidak teratur, keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.