
Sulit
4 tahun
Period Tidak Teratur selepas Beranak
Saya berumur 25 tahun. Saya mempunyai masalah period yang tidak teratur selepas beranak anak pertama. Perkara ini berlanjutan sehingga la melahirkan anak kedua. Baru baru ini saya period pada 29/07/2020 setelah 41 hari lewat datang haid. Perkara ini kerap terjadi kepada saya. Dan baru baru ini keluar tompok tompok merah/coklat di panty liner. Saya telah check UPT, ujiannya negative. Adakah ini normal utk kesihatan saya? saya pernah pergi beberapa klinik, dan jawapan mereka menghampakan saya. mereka cuma jawab tak pernah dgr kes mcmni. Sy kerap sakit kepala. Adakah ini juga ada kena mengena dengan keadaan period saya yg tidak stabil? Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Masalah haid tidak teratur adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita. Kitaran haid anda dianggap tidak teratur sekiranya tempoh kitaran, jumlah pendarahan atau kadar aliran anda selalu berbeza.
Terdapat pelbagai sebab bagi kitaran haid yang tidak teratur seperti:
- Ketidakseimbangan hormon akibat perubahan kepada badan seperti kehamilan, menopaus dan akil baligh.
- Kontraseptif seperti pil kontraseptif atau kontraseptif intrauterin.
- Stres akibat tekanan emosi, anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis, fibroid rahim dan kanser organ-organ reproduktif.
- Ubatan seperti antidepresan, kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.
Pendarahan coklat atau spotting boleh berlaku ketika:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Sakit kepala mempunyai banyak punca. Namun, perubahan hormon dari semasa ke semasa memang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala pada waktu tertentu dalam kitaran haid anda. Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor supaya boleh diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti sebab masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar sakit puan (Gynaecologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar sakit puan arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif wanita dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.