
Sulit
5 tahun
Period tiga (3) kali dalam sebulan
Hi Doc, period saya 2 bulan ni sangat mengelirukan. Pada Bulan Sept, saya telah datang period :-
1st : 3 sept - 8 sept
2nd : 26 sept - 3 okt
Bulan Oktober saya lebih kerap dtg period :-
1st : 14 Okt - 21 Okt
2nd : 30 Okt - Sekarang
Adakah ia normal? kalau dikira melalui bulan, pada bulan Okt saya telah datang period 3 kali dan hanya bersih selama 9-10 hari saja. Saya risau akan apa2 komplikasi. Saya tiada rasa senggugut, dan tiada ambil perancang. Cuma saya telah makan sebiji after sex pill beberapa hari yang lepas kerana kondom bocor.
Minta penjelasan doktor, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada kitaran haid anda, dapat dilihati disini bahawa kitaran haid anda berlangsung selama
- 23 hari (3 Sept - 25 Sept)
- 18 hari (26 Sept - 13 Okt)
- 16 hari (14 Okt- 29 Okt)
Melihat kepada keadaan diatas, jelas disini bahawa kitaran haid anda datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pengambilan pil after sex, justeru harus dijelaskan lebih lanjut disini jenis pil apakah yang telah diambil oleh anda. Secara umum, kebanyakan pil after sex berfungsi mencegah kehamilan dengan melambatkan kejadian ovulasi. Hal ini biasanya menyebabkan kesan sampingan berupa perdarahan pervaginam yang mirip dengan haid.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.