
Sulit
3 tahun
Period tiga Hari jee
Hii doctor… Saya Mitra umur Saya 15 thn… Badan Saya memang kecil… Kenapa period Saya 3 Hari jee doctor? Saya risau doctor…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda
Kami memahami bahawa kitaran haid anda selama 3 hari dan anda berusia 15 tahun.
Untuk pengetahuan anda,tempoh kitaran haid seseorang berbeza mengikut individu.Jikalau anda selalu hanya mempunyai kitaran haid selama 3 hari ,ini tidak menjadi masalah.Semakin anda berusia,badan anda akan mengalami beberapa perubahan dan mungkin kitaran haid anda juga akan ada kalanya mempunyai perubahan.Jikalau anda tidak mengalami isu-isu seperti pendarahan yang lerlalu banyak/sikit atau sakit yang terlalu amat sangat semasa kitaran haid,anda tidak perlu risau.
Jikalau anda masih bimbang,anda boleh bercakap dengan doktor atas talian.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor atas talian.