
eiyla.2010
6 tahun
Period yang panjang dan saya menggunakan iucd
Saya berumur 29thun…bru melahir kn ank dan saya menggunakan iucd tapi period yang tidak menentu…bln ini period saya bermula dari 2hb-9hb…dan berhenti tetapi pada 13hb pada bln yg sama darah keluar lgi…adakah ia kesan dr iucd atau ada penyakit yg lain

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa kesan sampingan penggunaan IUCD antaranya ialah:
- Haid tidak datang
- Haid tidak teratur atau spotting
- Haid berlebihan atau berpanjangan
- Sakit perut atau pinggul
- Sakit pinggang atau sakit belakang
- Sakit kepala atau migrain
Oleh itu, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh alat iucd tersebut. Namun begitu, sekiranya ia membimbangkan anda, anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui alternatif kontrseptif lain dan juga menyiasat jika punca pendarahan tidak teratur tersebut berpunca daripada masalah kesihatan lain.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi secara peribadi. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA! Terima kasih.