
isabelleairiss
4 tahun
Period yang tidak datang berbulan bulan
saya seorang perempuan yg berumur 1x thn dan ingin bertanya , adakah kalau period yg tidak datang berbulan , dan normal atau tidak kalau kita makan postinor ?? selain itu adakah normal jika mengambil pil postinor ketika haid ia mempunyai kesan sampingan yg kuat atau tidak ? mohon pencerahan dari doktor terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid berbulan-bulan. Untuk makluman anda, banyak kemungkinan boleh dikaitkan dengan haid yang tidak datang seperti:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan keterangan anda, pil postinor adalah pil perancang kecemasan. Untuk makluman anda, penggunaan Postinor semasa haid tidak mempunyai efek buruk serta tidak menurunkan efektivitas ubat dalam mencegah kehamilan. Gangguan kitaran haid biasa berlaku selepas pengambilan pil perancang kecemasan ini. Sekiranya haid anda lewat 2 minggu, saya sarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT).
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!