
Sulit
4 tahun
Perlukah mengambil Postinor-2 jika tidak pasti hubungan seks benar-benar berlaku atau tidak?
Hi Dr. Saya baru berkahwin dan telah melakukan hubungan seks tanpa memakai alat perlindungan dengan suami saya tetapi terdapat dua keadaan dimana; (1) Kami pasti alat sulit suami saya tidak masuk sepenuhnya ke dalam alat sulit saya, dan (2) Kami tidak pasti adakah air mani terkena/masuk alat sulit saya atau tidak. Kami mahu melakukan perancangan keluarga, jadi adakah perlu saya mengambil Postinor-2 untuk mencegah kehamilan tersebut? Terima kasih Dr.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan pil postinor.
Jika anda tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga dan melakukan seks tanpa perlindungan, kebarangkalian untuk anda mengandung adalah tinggi. Oleh itu anda boleh mengambil pil perancang kecemasan sebagai langkah pencegahan.
Untuk pengetahuan anda, ubat Postinor adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan penerangan yang anda berikan, cara pengambilan tablet pertama adalah betul, namun untuk tablet kedua, sepatutnya anda mengambil pil tersebut selepas 12 jam tablet pertama. Terdapat kemungkinan kehamilan berlaku namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Saya menasihatkan anda untuk sentiasa cakna dengan cara pengambilan ubat di masa akan datang. Anda boleh membaca arahan pengambilan ubat terlebih dahulu pada kotak atau kertas arahan, anda juga boleh bertanyakan ahli farmasi atau Doktor untuk kepastian cara mengambil sesuatu ubat.
Terdapat juga kaedah merancang yang lain yang anda boleh cuba seperti:
- Penggunaan kondom
- Pengiraan kitaran haid mengikut kalendar
- Pil Kombinasi Estrogen dan Progesteron
- Penggunaan alat IUD
Sila berbincang dengan Doktor untuk mengetahui kaedah terbaik untuk anda. Sekiranya anda mempunyai gejala kehamilan seperti haid tidak datang dan morning sickness , sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.