
Sulit
5 tahun
Perlukan penerangan
Sy balik dri Jakarta pd 28 Feb lalu… 6hb yg lepas, sy telah mengalami skit tekak sedikit, serta selsema… Badan tidak selesa, tidak mengalami demam Dan tidak batuk…
Sy telah ambil ujian online KKM berkaitan Covid, Dan ia tertera risiko tinggi utk dijangkiti Covid 19…
Please Doc, I need advise on this matter

5 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja balik dari Jakarta pada 28 Februari lepas, mengalami demam dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Langkah seterusnya adalah untuk mengikuti arahan daripada keputusan tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini