
Sulit
4 tahun
Perut belah bawah pusat sakit selepas saya minim air dara
Hi, doktor
Saya baru sahaja habis period pada 31hb May 2020 . dan pada 4hb saya konsumi air dara yang saya beli di IG minum pada pukul 3;30 pagi. Sejam kemudian perut saya sangat senak dan banyak keluarkan lendiran. Hampir seminggu sehingga saya tak larat nak bangun dan cecair banyak keluar serta warna coklat ada di seluar dalam saya. Pada 12hb pada pukul 5petang saya telah datang haid (darah terlalu cair dan kurang bau tetapi darah mash bank seperti saya haid sebelum ini )sehingga demam kesejukkan , dan tidak makan sehari , keesokkan hari tu saya cuba makan tetapi muntah 2 kali sleepas telan ubat panadol paracetamol sebab demam. Dan perut saya terasa lapar dan saya loya. Harini pada pukul 2 pagi saya cuba minum air teh boh panas dan makan sekeping roti selepas itu dukar untuk tidur kebab terasa loya dan perut terasa kosong sehingga saya tertidur, dan waktu dah pagi pukul 8 saya minum lagi teh boh dan sekeping roti dan telan ubat demam. Petang tu saya makan spaghetti sebab selera makan dah ada, tetapi perut saya pada pukul 9 malam still sakit belah bawah perut ada kadang di bêla kanan bawah perut seperti menucuk nucuk dan terasa lapar walaupun makan tadi Sudah terasa kenyang.
Apa yang saya musykilnya kenapa haid saya terlalu awal sedangkan saya baru sahaja habis haid, adakah sebab saya konsumi air tersebut?
Harap doktor boleh membantu menjawab soalan saya

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, gejala loya, muntah, lemah badan, dan sakit perut boleh disebabkan oleh keracunan makanan hasil daripada pemakanan yang tidak sihat atau tidak selamat. Badan anda menjadi lemah kerasa telah hilang banyak air dan dehidrasi. Walaubagaimanapun, sakit perut secara amnya juga boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah haid tidak teratur pula boleh disebabkan oleh:
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.