sitihikmah

5 tahun

Petanda Gonorea Cecair Kuning keluar

Pagi… sebelum ni saya pernah dptkan rawatan injection dan ambil antibiotic utk gonorrhoea… Dan all okey xde discharge… but last 2 day it discharge mcm cecair kuning satu spot… smlm x discharge… tiba2 pagi tadi it discharge again… is it resistance and relapse? What should I do? I do not do any sexual contact for the last 3 weeks …

Selamat pagi, terima kasih atas soalan anda. Terdapat banyak sebab keluarnya cairan dari kemaluan. Dalam golongan wanita, keluarnya cecair dari vagina selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan oleh organisma seperti Neisseria gonorrhoeae atau Chlamydia trachomatis. Namun organisma yang berlainan akan menyebabkan penyakit yang berlainan, jenis cairan yang mengalir juga adalah berbeza. Jangkitan gonorrhoea selalunya akan mengeluarkan cecair seperti nanah serta agak berbau, manakala jangkitan chlamydia mengeluarkan cecair berwarna kuning dan berbau kuat.

Anda memaklumkan bahawa pernah mengalami jangkitan gonorrhoea sebelum ini. Adakah ia merupakan pertama kali anda mengalami gejala tersebut, berapa lamakah tempoh jangkitan tersebut, dan bilakah tarikh terakhir anda mengambil antibiotic tersebut. Saya difahamkan anda tidak terlibat dengan apa2 aktiviti seksual sejak 3 minggu lalu. Adakah anda mempunyai lebih dari satu pasangan seks, adakah pasangan seks anda turut mengalami jangkitan gonorrhoea serta adakah anda mengamalkan tabiat seks yang sihat dan selamat.

Perkara-perkara ini adalah perlu untuk diketahui dan kami akan menjaga privasi maklumat anda. Pemeriksaan pada kemaluan anda akan dilakukan sekiaranya anda berjumpa doktor, cecair yang keluar akan disampel untuk mengenal pasti organisma yang menjangkiti anda serta apakah antibiotik yang paling ampuh.

Hai, Selamat Pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Adalah dicadangkan agar jika seseorang dikesan mempunyai gonorrhoea, pasangan beliau untuk 60 hari sebelum hari dikesan atau simptom bermula perlulah menjalani screening test. Ini bertujuan untuk mengesan dan merawat gonorrhoea pada masa sama dengan pasangan. Seterusnya pasangan dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti seksual selama 60 hari selepas dirawat, walaupun tiada simptom. Penggunaan kondom dan pengurangan bilangan pasangan boleh mengurangkan risiko mendapat gonorrhoea.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana ia masih boleh dirawat menggunakan antibiotik tetapi langkah penjagaan perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan seterusnya.
Sila bercakap dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Doktor akan memberikan nasihat lebih terperinci tentang rawatan gonorrhoea dan cara mengelakkan jangkitan ini di masa hadapan. Jangan lupa untuk membawa pasangan anda untuk screening test juga.

Saya berharap saya telah menjawab soalan anda. Sila ajukan soalan jika anda masih musykil dan memerlukan pertolongan. Selamat berjaya.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam Sejahtera! Terima kasih untuk soalan anda.

Sekiranya anda mendapat balik keluaran cecair daripada bahagian sulit anda, ia membawa pelbagai maksud. Pertamanya, terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai situasi sebegini selepas rawatan yang berjaya. Malah, hal ini juga bermaksud bahawa jangkitan anda masih aktif dan memerlukan rawatan antibiotik yang lebih berlanjutan. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor. Adakah penting untuk mengambil dan menghabiskan dos ubat antibiotik atau antikulat seperti yang ditetapkan, walaupun anda berasa simptom yang dihidapi telah hilang. Sekiranya simptom berulang atau berterusan walaupun rawatan, hubungi doktor anda. Anda mungkin memerlukan dos ubat yang lebih kuat atau ubatan diberi dalam kaedah lain seperti suntikan.

Gonorea biasanya dirawat dengan ubat makan antibiotik seperti Ceftriaxone atau Cefixime. Jangkitan Gonorea, apabila golongan wanita tidak dirawat, mungkin akan mengalami jangkitan yang lebih teruk yang melibatkan organ dalaman, yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik (PID). PID boleh menyebabkan kerosakan pada tiub Fallopian, ovari, dan struktur yang berkaitan dan membawa kepada kehamilan ektopik, ketidaksuburan, kesakitan pelvis kronik. Sekiranya tidak dirawat, golongan lelaki boleh mengalami ketegangan uretra.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)