Sulit
5 tahun
Pil perancag keluarga
Salam doktor,sy brumur 25 tahun…dan sy mgamalkn pil prancang kluarga noriday.bulan lepas sy tinggal ubat yg last 3 biji sebelum memulakn pek baru.sy ada period.hari pertama period bulan lepas adalah 13hb/1…bulan ni sy tidak pernah tinggal makan pil noriday…dan belum period lagi…sy risau…adakah sy boleh hamil?? Sbb ank sy baru brumur 5 bulan dan bsalin caeser…kalau sy hamil…apa patut sy buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda alami.
Untuk pengatahuan puan, kadar keberkesanan pil perancang keluarga ini ialah 99% berkesan untuk mengelakkan kehamilan jika diambil secara konsisten. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah haid lambat selain dari mengandung. Antaranya:
Fisiologi daripada penyusuan badan
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Sekiranya puan hamil, dapatkan nasihat dari doktor. Kandungan masih boleh diteruskan namun pemantauan teliti dari pihak doktor sangat penting.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
























