
Sulit
5 tahun
Pil perancang yang terbaik
Sy wanita berumur 20an dan baru berkahwin saya ingin mengambil pil perancang disini sy ada kemusykilan tentang cara2 pengambilan pil perancang, dimanakah saya boleh dapatkan pil perancang dan pil perancang apakah yang sesuai untuk saya, jika saya mengambil pil perancang adalah saya akan susah mengandung selepas saya berhenti makan pil perancang, doktor apakah yang perlu saya temui untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang pil perancang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pertama sekali, pihak kami ingin memuji puan atas kesedaran anda tentang kepentingan kaedah perancangan keluarga. Kaedah paling lazim adalah penggunaan kondom serta pengambilan pil perancang gabungan yang mengandungi sejumlah kecil dua jenis hormon wanita, iaitu ethinyestradiol (estrogen ) serta desogestrel (progesteron). Kaedah lain adalah:
- Penggunaan suntikan perancang (Contraceptive Injection) yang diambil setiap 3 bulan.
- Penggunaan alat IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) yang boleh bertahan selama 3 tahun
- Perancangan menggunakan pengiraan kitaran haid melibatkan aktiviti seksual antara pasangan di luar waktu subur atau ovulasi
Untuk pemilihan kaedah perancang yang terbaik, doktor pakar perlukan maklumat lanjut seperti sejarah status kesihatan, gaya hidup, kitaran haid biasa serta sejarah pengambilan sebarang ubat- ubatan. Hal ini demikian kerana kaedah kontraseptif mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Berkaitan dengan keupayaan untuk mengandung semasa dan selepas pengambilan pil perancang, reaksi tubuh badan terhadap fungsi kaedah perancang adalah berbeza. Namun begitu, kaedah- kaedah tersebut selamat digunakan jika anda mengikut arahan doktor dan menjalan pemeriksaan fizikal dari semasa ke semasa. Para pengguna masih boleh mengandung tetapi mungkin mengambil masa untuk keadaan tubuh badan wanita tersebut melalui fasa penyesuaian setelah berhenti kaedah perancang. Umur seseorang wanita dan kesihatan pasangan anda juga menjadi faktor tahap kesuburan dan peluang kehamilan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut dengan pihak farmasi kami. Terima kasih.