
lanasuhaime
5 tahun
Poatinor dan masih susu bayi
Saya dan suami telah berhubungan tanpa perlindung semalam. Boleh saya ambil emergecy pill postinor without effect my milk supply? Dan kena ambil sebelum 72 jam kan? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh mengambil pil postinor dalam jangka masa 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan. Ubat ini tidak akan mengganggu penghasilan susu badan anda. Anda disarankan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain seperti pil perancang progesteron sepanjang anda menyusu anak secara eksklusif.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.