Sulit
4 tahun
Postinor berkesan atau tak?
Pasangan saya kerap pening selepas bersama dan saya membelikan postinor untuk dimakan bagi menghalang dari mengandung… mengikut daripada berbagai sumber postinor cuma berfungsi dalam kiataran masa tidak lebih 72jam… apakah langkah perlu saya buat untuk menghalang dari pasangan saya mengandung… Kerana saya dan pasangan tidak bersedia untuk memiliki anak lagi buat waktu ini…apakah saya patut terus memberikannya postinor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Memandangkan tidak dijelaskan berapa jam setelah bersetubuh, sebaiknya anda ambil secepat mungkin
Sekiranya anda dan isteri adalah aktif secara seksual namun mahu mencegah kehamilan, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Hal ini kerana pil perancang kecemasan hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam setiap kitaran haid.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.