
Sulit
5 tahun
Punca sakit pinggang dan bawah perut utk perempuan hamil
Salam sy berusia 36 tahun… Pregnant anak pertama sblm ni pernah mengandung luar rahim (-+6-7 tahun lpas)… Kandungan sekarang dh cecah 19w…masalah sy dlm 3 mgu kebelakangan ni sy kerap sakit dbahagian bwah perut sebelah kanan terutama apabila dlm keadaan baring atau duduk apabila hendak bgun jelas rase kesakitan tersebut apabila bangun berjalan… Sy juga kerap sakit pinggang yg teramat… Adakah normal doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Reaksi fisiologi kepada rahim yang sedang membesar
- Kandungan luar rahim yang pecah- Sekiranya berdarah atau mengalami episod hampir pengsan, ini ialah kes kecemasan dan harus ke hospital dengan segera
- Masalah fibroid dalam kehamilan
- Jangkitan buah pinggang atau saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.