
Anonymous
2 tahun
Punggung berpeluh berlaku
Saya lelaki umur 18 thun… Saya alami punggung saya berpeluh kadang2 walaupun tidak sukan…saya ingin mengetahui masalah saya ini, sejak saya umur 16 thun saya perasan ini berlaku… Shingga pernah hendak tidur pon sukar,saya cuma memakai tuala untuk mengelap peluhnya…minta keterangan doktor masalah saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kuat berpeluh atau Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”
Hiperhidrosis idiopatik
“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan.
Hiperhidrosis sekunder
- Kehamilan
- Kencing manis
- Hipertiroidisme
- Menopause
- Obesiti
- Penyakit Parkinson
- Artritis reumatoid/”rheumatoid arthritis”
- Limfoma/”Lymphoma”
- Gout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.