
Sulit
3 tahun
Rasa lenguh dari peha sampai kaki sebelah kanan
Sudah seminggu kaki sebelah kanan rasa lenguh n kadang kebas2…kadang sakit lutut…
Simpton apakah ini doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah lenguh, kebas dan sakit pada kaki yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kekurangan zat besi dan kalsium
aktiviti yang membebankan
posisi tidur yang salah
tidak cukup rehat
rapuh/hakisan tulang
radang sendi
saluran darah tersumbat
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.