
Sulit
4 tahun
Rasa sakit dada secara tiba tiba
Saya berumur 26 tahun dan tiada kontrak rapat berkenaan Covid-19. Saya juga bekerja dari rumah (WFH) since pada mula PKP lagi. Tapi adik beradik saya yang lain bekerja seperti sedia kala di ofis. Pagi semalam selepas bangun tidur, tiba tiba rasa sakit dada. Saya tak pasti penyebabnya. Tiada simptom lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia )
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih