
Sulit
4 tahun
Risau jika boleh hamil sekiranya pasangan tidak pasti sama ada terpancut di dalam
Saya wanita berumur 19 tahun, sebentar tadi saya berhubungan dgn suami saya, tetapi kami belum merancang utk mdapatkan zuriat. Suami berkata dia x pasti sama ada dia terpancut di dalam, krn trdapat air mani di bahagian perut saya. Suami saya ragu2 dan risau. Jika suami saya terpancut sedikit di dalam, ada kah saya berkebolehan utk hamil? Apakah langkah yg saya perlu lakukan utk mencegah kehamilan. Selain itu, skrg mrupakan fasa2 utk haid saya dtg tpi saya blm dtg haid. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko kehamilan. Jika anda berhasrat untuk menunda kehamilan, anda boleh cuba mengambil pil perancang kecemasan. Pil perancang kecemasan merupakan:
- Pil yang digunakan selepas menjalin hubungan kelamin tanpa perlindungan .
- Terdapat 2 jenis pil perancang kecemasan di pasaran sekarang, iaitu pil yang mengandungi hormon progesterone dan pil yang mengandungi bahan ulipristal .
- Semakin awal seseorang itu mengambil pil perancang kecemasan, semakin berkesanlah pil tersebut.
- Pil progesterone hanya sesuai digunakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan
- Pil perancang kecemasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti seperti loya, muntah, pening, sakit kepala dan perubahan pada kitaran haid.
Selain pil perancang kecemasan, kaedah pemasangan intrauterine device (IUD) juga merupakan kaedah perancangan kecemasan iaitu setelah berhubungan seksual. Kaedah ini memerlukan tindakan khusus daripada doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih