
Sulit
4 tahun
Saiz Normal Rahim yang sepatutnya
Saya wanita yang berumur 27 tahun. Baru berkahwin. Sebelum berkahwin haid saya tidak berapa teratur seperti 2 bulan sekali. Tetapi apabiladah berkahwin, saya dapati haid saya sudah mulai kembali normal sebulan sekali. Walaubagaimanapun, pada bulan lepas warna darah haid saya coklat sepanjang 8 hari. Saya tidak pernah mengalami pengalaman sepeerti itu sebelum ini kecuali pada awal dan akhir haid. Saya ada pergi merujuk 1 klinik dan buat scan, dan menunjukkan ketebalan dinding rahim saya 0.18cm. Saya nak tanya adakah saiz itu normal? kerana klinik tersebut cuma menyatakan untuk kembali ke klinik tersebut pada 2 minggu akan datang.Ia membuatkan saya tertanya & takut dengan keadaan rahim saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lapisan dinding rahim yang nipis sebenarnya disebabkan oleh lapisan endometrium ‘basal’ yang nipis. Imbasan scan untuk mengukur ketebalan rahim seelok-eloknya dilakukan melalui faraj dan pada masa ‘subur’ seseorang wanita.Ketebalan rahim yang normal adalah 6.7mm atau 0.67cm.
Ketebalan dinding rahim memainkan peranan dalam proses kehamilan untuk janin tertanam ke dalam rahim. Oleh itu, keberangkalian untuk hamil masih ada tetapi berkurangan sekiranya dinding rahim nipis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.