Anonymous
6 tahun
Sakit bahagian ari-ari
Hi doctor. Saya berusia 28 tahun dan baru saja menjalani ujian kesuburan selama 2 minggu (on chlomid). Beberapa tahun lepas saya pernah ada cyst sebesar 7cm belah kiri, tapi sudah hilang sepenuh nya selepas pemeriksaan oleh doc semasa kunjungan cek kesuburan 2 minggu lepas. Tapi baru2 ini bahagian ari2 saya sebelah kiri rasa ngilu seperti ada cyst lagi… Tak sakit semasa kencing atau apa2, cuma saya kerap kena infection air kencing (kena 3 kali dalam masa 2 tahun). Adakah ini normal? Terima kasih in advance doctor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit bahagian kiri ari-ari boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Kehamilan luar rahim
- Fibroid
- Endometriosis
- Cyst ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































