
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian ari2 dn mengeluarkn keputihan yg bnyk
Sya umur 19. Sy Mengalami sakit dibhgian ari2… Berjalan buat sy sakit… Malah ad keputihan kluar dgn bnyk… Sy kerap membuang air kecil… Ini berlaku semlm sy Takut jika tekena penyakit yg bahaya pada bhgian rahim ataupm bhgian lain… sy pm Remaja Xnk la ad penyakit yg bahaya… Sebagai lngkh behati - hati sy ajukan ap yg sy alami… Takut ad pnyakit yg series… Skrng pm still Sakit … Sy cuma baring untuk mngelakkan rasa sakit… Jika sy duduk dikerusi sy akan rasa sakit pada bhgian ari2 … Maklum LA sy seorng student U…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah lendiran putih yang berair dan berbau yang disertai dengan keerapan membuang air kecil boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah