msteguhsetia
4 tahun
Sakit bahagian belakang badan urat belikat
Saya kerap sakit di bahagian belakang badan sebelah kanan yg selalu dikenali sebagai urat Belikat .!apabila melakukan apa2 pekerjaan tgn kanan mudah menjadi lemah dan lenguh2 …telah pergi ke banyak tempat utk mengurut tetapi tetap tiada hasil …agak sukar kerana kebanyakan kerja dilakukan menggunakan tgn kanan …adakah ianya masalah serius dan perlu apa2 pembedahan .!terima kasih doc .!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belikat yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Kecederaan tulang belakang - akibat mengangkat benda berat atau kecederaan ketika bersukan
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan seperti tahap keseriusan dan keperluan pembedahan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.