
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian perut dan ari2
hai dr. saya wanita berusia 26tahun dan belum berkahwin. dalam seminggu ni perut saya tak berapa selesa. dan kadang2 bahagian ari2 saya berasa sakit. sakit tu sekajp datang sekejap hilang. dan dalam sehari ni saya rasa tidak selesa di bahagian faraj saya dan saya rasa macam ada rasa ketulan bila saya try masukkan jari saya kedalam lubang faraj. adakah itu pertanda peranakkan saya jatuh? dan adakah ketulan itu berbahaya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami rasa tidak selesa di perut dan sakit di bahagian ari-ari serta ketulan di dalam faraj, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keradangan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
Namun, ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Keradangan pelvik
- Sindrom iritasi usus
- Batu karang
- Fibroid rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.