
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian rusuk kanan
Sejak akhir2 ni…saya sering rasa sakit di bahagian rusuk kanan. Bila saya bersin,batuk, tarik nafas rusuk kanan saya rasa semakin sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah terlalu singkat untuk mengenal pasti secara spesifik kondisi anda ini. Sebaiknya anda menjelaskan lagi jenis pekerjaan, aktiviti fizikal, serta riwayat penyakit anda agar kami mendapat gambaran jelas tentang diri anda. Secara umum, sakit di bahagian rusuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Costochondritis iaitu keradangan tulang rusuk
- Pericarditis iaitu keradangan selaput jantung
- Trauma atau kecederaan
- Akibat psikiatri seperti kebimbangan
- Gout
- Jangkitan atau reaktivasi jangkitan varisella zooster virus iaitu herpes zooster
- Sakit jantung
- Penyakit terkait paru-paru seperti kanser paru-paru
Memandangkan gejala berlaku dengan intensiti rasa sakit yang semakin bertambah, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca penyakit yang menyebabkan sakit rusuk dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.