
azizazman23
4 tahun
Sakit bahagian sendi kaki dan tangan dan banyak bahagian kaki kiri buku lali
Saya hampir umor 55 tahun masalah kesihatan saya sering sakit sendi-sendi kedua belah tangan dan kaki diwaktu pagi macam mana mahu atasinya sekian terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah pada sendi adalah salah satu masalah yang biasa berlaku apabila seseorang meningkat usia. Antara masalah yang biasa menyerang warga ini adalah radang sendi dan penyakit degeneratif seperti rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.