
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut dan haid tidak datang selama sebulan
Saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Saya sering sakit di bahagian bawah perut sehingga kadang kadang tak boleh bergerak. Rasanya macam mencucuk cucuk. Saya sudah lewat haid, 30 hari. Sebelum ni saya tidak pernah lewat haid. Saya juga sedang mengalami stress yang melampau. Berat badan naik mendadak dan mata semakin kabur. Saya juga mengalami banyak keputihan yang bewarna putih susu sejak akhir akhir ini. Apa perlu saya buat?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Keputihan yang terlalu banyak dan berbau atau berwarna lain biasanya adalah tidak normal dan boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis (kandidiasis)
- Radang faraj
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit bawah perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
Terdapat juga sebab daripada saluran pencernaan
- penyakit radang usus
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- kanser usus (colorectal cancer)
Punca daripada sistem pencernaan boleh menyebabkan masalah sembelit juga.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.